Gambar-gambar Kumpulan Percubaan

Ini contoh-contoh gambar dari laman akaun Schoology SAINS : Tingkatan 3 (Percubaan):

Gambar 1
Apabila anda telah mendaftar dalam akaun Percubaan dan mula memasuki akaun schoology ini, anda akan mendapat paparan seperti dalam Gambar 1 di atas. Laman ini hanya sebagai laman permulaan sahaja. Senarai latihan dan pelbagai bahan lain tidak dinyatakan di sini. 

Untuk mula mencapai bahan-bahan dalam kumpulan Percubaan ini, anda perlu klik pada menu "Courses" seperti yang terdapat di bar hitam.

Gambar 2
Jika anda belum memasukkan Access Code, anda akan dapati senarai di bawah "Courses" masih kosong, tidak seperti yang ditunjukkan pada Gambar 2.

Untuk mendapatkan senarai seperti dalam gambar itu, salin Acess Code (klik pautan Home di sisi laman ini). Kemudian, kembali semula ke akaun Schoologi seperti dalam Gambar 2 dan klik "Join". Ia akan meminta nombor Access Code. Masukkan nombor tersebut dan anda akan dapat senarai seperti dalam gambar di atas.


Gambar 3
Gambar 3 menunjukkan sebahagian isi kandungan bahan yang terdapat dalam SAINS : Tingkatan 3 (Percubaan). Anda akan dapat melihat senarai pelbagai latihan mengikut subtopik, panduan menyediakan tugasan, dan beberapa contoh tugasan.

Tugasan tidak disediakan untuk Kumpulan Percubaan dan Kumpulan 3A. Ia hanya disediakan untuk Kumpulan 3B. Oleh itu, kedua-dua kumpulan ini boleh melihat contoh soalan atau aktiviti yang disediakan untuk kumpulan tersebut.

Kumpulan Percubaan juga tidak mendapat peluang mencuba semua latihan yang disediakan. Hanya beberapa latihan awal sahaja dibenarkan untuk memberi peluang pelajar dari kumpulan ini mencuba dan merasai pengalaman menjawab latihan dan melihat keputusan latihan.

Gambar 4
 Apabila anda klik pada mana-mana latihan (yang dibenarkan), paparan seperti Gambar 4 akan muncul. Di sini anda boleh klik butang "Start New Attempt" untuk memulakan latihan.

Anda boleh terus menjawab latihan atau berhenti pada mana-mana soalan. Anda boleh menjawab seberapa banyak yang anda mahu. Malah, tiada had masa ditetapkan pada setiap latihan. Oleh itu, anda boleh merujuk buku untuk mendapatkan jawapan. Boleh juga anda berbincang bersama rakan. Semuanya terpulang kepada anda sendiri.

Namun, elakkan daripada meninggalkan kosong jawapan dan melihat keputusan untuk mengetahui jawapannya. Ini bukan kaedah yang baik untuk belajar.
Gambar 5
Latihan yang disediakan begitu banyak? Letih untuk menjawab semua? Tak perlu risau!...

Anda pilih sendiri subtopik latihan yang anda mahu. Tiada siapa yang memaksa anda untuk menjawab semuanya. Ikut kemampuan dan kemahuan sendiri. Siapa mahu lebih, dia perlu berusaha lebih. Tiada guru yang akan memaksa anda untuk menyelesaikan semuanya.

Walaupun keputusan latihan akan direkodkan dalam "Grade". Anda tidak perlu risau akannya. Anggap ia sebagai panduan sahaja.


Gambar 6

Gambar 7
Sesetengah soalan subjektif menyediakan "Word Bank". Gunakan perkataan-perkataan ini untuk menjawab latihan berkenaan. 

Caranya sangat mudah. Klik pada nombor "Blank ?" yang berkenaan. Anda akan melihat ruang jawapan pada soalan akan diwarnakan (contohnya, warna hijau). Ini untuk memastikan kedudukan ruang jawapan yang betul. Seterusnya, klik pada pilihan jawapan di Word Bank. Automatik, perkataan yang dipilih akan masuk ke ruang jawapan berkenaan.

Kalau anda rajin, boleh juga anda menaip di ruang "Blank ?" yang disediakan.


Gambar 8
 Jika anda hanya menjawab sebahagian sahaja, pada waktu yang lain, anda boleh menyambung semula menjawabnya kembali dengan cara klik butang "Resume" seperti yang ditunjukkan dalam Gambar 8.

Kalau mahu, anda boleh juga menjawab semula keseluruhan set latihan tersebut dengan cara klik pada butang "Start New Attempt". Terpulang pada anda sendiri.

Semua latihan yang disediakan membenarkan anda mengulang-ulang jawab seberapa banyak yang anda mahu. Namun, markah yang diambil kira dalam Grade adalah dari markah yang terakhir.
Gambar 9
 Jika anda pernah menjawab mana-mana latihan, paparan seperti dalam Gambar 9 menunjukkan senarai latihan yang pernah dijawab dengan markah masing-masing.

Anda boleh klik pautan "View Assessment" untuk melihat hasil keputusan latihan anda.

Anda juga boleh klik pada tab "Comments" untuk menyatakan pandangan anda bersama-sama rakan yang menyertai kumpulan ini.


Gambar 10
Gambar 10 menunjukkan hasil latihan yang telah dijawab. Warna hijau menunjukkan jawapan yang betul. Manakala, ruang kosong merah menunjukkan anda tidak menjawab soalan berkenaan. Jawapan merah pula menunjukkan jawapan salah bersama-sama jawapan yang sepatutnya.


Gambar 11
 Apabila anda klik pada menu Grades, anda akan melihat senarai latihan dan tugasan yang disediakan bersama markah yang direkodkan.


Gambar 12
Bagi kumpulan 3B, ada butang khas disediakan di "Submission" untuk menghantar tugasan.

Tugasan, Kuiz, Ujian/ Peperiksaan dan beberapa bahan lain mempunyai tarikh akhir. Oleh itu, perhatikan ruang "Upcoming" untuk memastikan anda tidak terlepas mana-mana peluang.