Berapakah Yuran, Jika Daftar Lewat?

Setiap sesi pembelajaran bagi Kumpulan Sebenar bermula dari bulan Disember tahun itu hingga November tahun berikutnya.

Oleh itu, nilai yuran yang dinyatakan adalah untuk sepanjang tempoh itu.

Namun, jika anda mendaftar lewat, nilai yuran yang perlu dibayar adalah kekal sama. Malah, anda mungkin sahaja terlepas peluang mengikuti mana-mana aktiviti yang mempunyai tempoh masa (tarikh tutup) seperti latihan-latihan tertentu, tugasan (assignment), kuiz, ujian dan peperiksaan (bergantung kepada tarikh ketika itu).

Walaubagaimanapun, beberapa latihan dan kuiz tertentu telah ditetapkan boleh diakses sepanjang waktu.

Adalah dinasihatkan agar anda mendaftar untuk sesi tahun hadapan, sekiranya anda ingin mendaftar bermula pada bulan Oktober ke atas.